Betapa waktu begitu cepat berlalu...dan hari ni dah masuk minggu kedua syawal...namun satu pun puasa sunat bulan syawal belum dibuat....kenapa yer? agaknya perut terlalu terkejut makan banyak sangat ketika minggu lepas. Dahlah tu asyik2 tangguh jer nak puasa sunat atau ganti. Pastu rasa nak makan jer...puaskan nafsu makan walaupun kalau kat ofis ni tak de pun benda yang boleh dimakan selain minum kopi bercawan2.
Mungkin juga kat Melbourne ni dah masuk musim bunga jadi penyakit musim bunga pun menjadi2...ibarat kata orang tua2: yang cantik tak semestinya elok- Yalah...musim bunga ni memang cantik sebab bunga-bunga keluar, cantik betul pandangan mata. Malahan padang bola pun keluar bunga2 kecil yang kiut miut...macam cerita Little House on the Praire (ingat tak??...kalau rakan2 yg sebaya saya mungkin ingat lagi cerita ni...tapi kalau generasi X atau Y...mana lagi ada cerita macam ni...Cerita Hantu Mak Limah ada ler hehehee). Jadi bila keluar bunga maka keluarlah polen2 (debunga2) yang mengalahkan hidung, mata dan kulit...maka berlakulah Hay Fever...deman selsema yang menyakitkan segala urat saraf, sakit kepala dsb.
Jadi dah satu rumah saya terjangkit dengan Hay Fever ni...dulu orang ada kaitkan penyakit ni dengan H1N1, sekarang ni dah H1N5 lak...macam2 jadinya.Yang teruk untuk anak2 saya adalah serangan asthma rentetan dari common flu ni...Hari ni yang adik dah tak gi sekolah sebab asthma nya teruk. si abang tetap nak pergi sekolah walaupun demam dan selsema...makan jer panadol, terus gi sekolah. Habis stok panadol kat rumah. Hari ni, pagi2 lagi tunggu kat depan chemist nak beli panadol, loratidine dan sbgnya buat stok kat rumah. Nasib baik stok ventolin dan symbicort untuk asthma memang tak putus kat rumah.
Maka dengan kekalutan menjadi doktor, nurse serta pesakit Hay Fever ni...puasa sunat bulan syawal belum sempat saya tunaikan lagi...insyaallah minggu depan (again procrastination huh!!)
Berballik kepada raya di Melbourne kali ni...ini merupakan tahun ketiga saya beraya disini...cumanya kali ini saya merasa amat sedih dan sayu...ntah mengapa perasaan tidak seceria biasa...walaupun sambutan raya sebagai perantau disini tidak pula kurang meriah serta jemputan open house tidak pernah putus (sbb kena tunggu weekend jer open house kat sini...hari lagi macam biasa jer...) namun perasaan sayu tu tetap terasa. Mungkinkah sebab inilah raya pertama tanpa ayah...walaupun tahun lepas, saya beraya di Melbourne namun kami sempat berskype dengan parents di malam raya...Namun tahun ini, Melbourne raya sehari selepas Malaysia, jadi masa telefon di pagi raya (Malaysia), kami masih lagi berpuasa...jadi keseronokan beraya pada keesokkan harinya dah rasa macam anticlimaks pulak. Tambahan pula, ketika menelefon mami di Malaysia, suaranya seakan tidak ceria langsung menceritakan persiapan raya. Terbayang hambarnya suasana raya di kampung. Sampaikan sikecil Aisyah mampu men'gomen' kenapa Tok Mi tidak seceria serta se'jaggok' atau dressing up seperti biasa bila menatap post2 yang kakak postkan di FB. Namun, nasib baik ada FB...bolehlah kami melihat gambar2 keluarga yang lain.
Juga faktor kedua adalah untuk tahun ini, persiapan raya kami agak kelam kabut kerana my dear love baru memulakan tugas di Dewan Malaysia ...jadi kebanyakkan masa kami habis di dewan....namun begitu, kami masih mampu mengadakan sesi jamuan pagi bersama beberapa orang rakan untuk rakan2 serta adik2 selepas solat raya di Monash University.Alhamdulillah serta amat berterimakasih kepada rakan2 yang menjadi co- host serta yang sudi datang bersama2 meraikan majlis ini.
Raya kali ini merupakan waktu untuk saya melakukan kerja lapangan utk kajian saya berkenaan masyarakat melayu di Victoria...saya gagahkan diri utk seboleh2nya menghadiri setiap jemputan yang datang dari PR(australian permenant resident) Melayu walaupun terpaksa travel dari timur ke barat, atau pun ke utara Melbourne...huh jaraknya agak jauh...kalau setakat nak makan, rasanya tak sanggup nak pergi. Alhamdulillah my dear hubby sanggup menjadi pemandu yang setia walaupun dia agak kepenatan setelah seharian berkerja.
Dan, kali ini saya dapat rasakan budaya melayu yang berbeza berbanding kita yang datang sebagai student di sini...mungkin saya akan ceritakan dalam post berikutnya...kena stop dulu untuk solat dan balik rumah for dinner preparation mlm nanti.
No comments:
Post a Comment