Wednesday, 18 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Tinggal 2 hari lagi kami di Melbourne (insyaAllah) akan menghadapi ramadhan. Syukur Alhamdulillah kerana masih dikurniakan rahmat untuk mengharungi ramadhan kali ini. Moga-moga lailatul qadar dapat dikejar dan  kenikmatannya dapat dirasai.
Mental anak-anak telah dipersiapkan, maklumlah menghadapi ramadhan in a non Muslim environment. Si bongsu diingatkan tentang kewajipan berpuasa, perkara2 yang membatalkan puasa. Lucunya bila dia bertanya, boleh tak kalau kita berpuasa then at lunch time, we have our lunch and continue it back?...reason: there was her friend who did it last ramadhan. Then the answer is NO.
Bagi saya, kita seharusnya mengajar anak akan perkara yang benar mengikut syariat. Saya sedar, kadangkala dalam kita mendidik anak-anak, ada ibu-ibu yang cuba berkompromi dalam hal ini semata-mata ingin menjaga hati/perasaan anak. Saya juga berkompromi tapi dalam hukum, saya bertegas. Dalam hal tadi, saya menyatakan kepada sianak, memandangkan beliau belum wajib berpuasa, beliau harus berlatih bersungguh-sungguh untuk berpuasa penuh. Sekiranya beliau tidak mampu (cuaca yang sejuk, terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah dan juga terdapat aktiviti renang di musim ini...saya dapat menjangka, dugaan bagi beliau agak berat...namum di ramadhan yang lalu, beliau mampu melakukan ibadat ini dengan berpuasa penuh hampir 2/3 bulan...itu pun selebihnya beliau berbuka ditengah hari setelah swimming lessons), beliau boleh berbuka. Alhamdullilah, sepanjang kami di Melbourne ni, Ramadhan jatuh di dalam musim winter/spring. waktu berpuasa agak singkat. Justeru itu anak-anak mampu melakukan ibadah ini walaupun dengan persekitaran majoriti tidak berpuasa.
Bercakap tentang persekitaran, saya pernah menjalani ujian kesihatan pekerja dikala ramadhan. Ujian ini diberikan percuma kepada semua staff dan pelajar PhD di Monash Uni. Cumanya temujanji saya jatuh di bulan ramadan. Jam waktu itu adalah 4 petang, lagi satu setengah jam kami akan berbuka. Ujian paras gula dalam darah saya agak rendah iaitu dalam 4 mmol/l dan saya agak mengantuk. Staff nurse yang menjalankan ujian ini amat risau tentang saya dan mengarahkan saya berbuka puasa. Namun saya terangkan kepadanya yang hanya tinggal lagi satu jam saya akan berbuka dan insyaallah saya akan berbuka dengan makanan manis-manis. Beliau melepaskan saya pergi dengan muka penuh kerisauan (?concern). Alhamdulillah,sesungguhnya Allah akan melindungi dan merahmati kita..Dan pada hari itu, saya diberikan kekuatan, kerana selepas ujian kesihatan tersebut, saya mampu pulang dengan bas, kemudian berjalan kaki dalam 1.5 km, malahan mampu menyediakan juadah untuk keluarga lagi. Ya, sesungguhnya kekuatan itu hanya kekuatan Allah.
Dalam situasi lain, saya mempunyai seorang rakan sepejabat dari Iran. Beliau juga seorang muslim (cuma fahaman syiah). Di tahun pertama, beliau tidak mempamerkan yang beliau tidak berpuasa, beliau tidak makan dan minum didepan saya, cumanya beliau memberitahu saya yang beliau sekeluarga tidak mampu berpuasa kerana gastrik (atas sebab kesihatan). itu pun kerana saya bertanyakan tentang persiapan ramadhan, bersahur dsbnya. Di tahun kedua, beliau menyatakan kepada umum yang beliau adalah muslim yang tidak praktis, justeru itu beliau tanpa segan makan di bulan ramadhan bersama rakan non muslim yang lain. Sesungguhnya kekuatan dan kesedaran ini adalah rahmat Allah semata-mata.

"Allahumma Ballighna Ramadhan." Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan
Jom kita tengok anak bulan Ramadhan muncul bila dengan klik link ni...(err kira ganti  penyimpan mohor besar raja2 memberikan warta)



No comments:

Post a Comment